Proxy Website

Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Proxy.org

Rabu, 21 Oktober 2009

Hilangkan Mesej SvcHost

Setiap kali on komputer akan keluar mesej “Windows cannot find ‘C:Windows\scvhost.exe’.Make sure you typed the name correctly , and try again.To search for file , click the Start Button , and then click Search “.Masalah ini tidak memberi kesan yang buruk kepada komputer tetapi menyusahkan pengguna komputer.


gambar svchost

Masalah ini berpunca dari virus dan lain-lain yang saya sendiri tidak pasti.Untuk hilangkan mesej svchost.exe setiap kali on komputer boleh dilakukan didalam system registry.Tapi bagi mereka yang belum bijak mengenai selok belok komputer boleh menggunakan Portable Antivirus.

Namun begitu ada sesetengah pengguna komputer yang format komputer dan install Windows baru.Mengapa anda perlu lakukan proses reinstall sedangkan ada jalan penyelesaiannya yang terbaik dan mudah.Cara selesaikan malasah ini . run portable antivirus dan klik Scan.Selepas itu restart komputer anda.Masalah keluar mesej svchost telah selesai diatasi.Selamat mencuba.
Popularity: 1% [?]
READ MORE - Hilangkan Mesej SvcHost

Bersihkan PC daripada malware

Sekiranya PC anda dilanda serangan malware (mallicious software) seperti virus,worm, dan trojan, berikut merupakan antara langkah terbaik yang boleh dilakukan.

1.Tutup Internet:

Tutup connection internet kerana kebanyakan malware datang daripada internet.

2.Pergi safe mode:

Reboot windows dan pergi ke safe mode.Boleh dilakukan dengan menekan F8 semasa di BIOS.Tetapi perlu diingatkan OS yang berlainan mungkin mempunyai kunci yang berlainan.

Safe mode penting kerana kebanyakan program(termasuk virus) tidak dapat beroperasi di safe mode.Sekiranya antivirus anda dapat mengesan virus tetapi tidak dapat mendeletenya, ini mungkin kerana terdapat komponen virus tersebut yang masih berjalan.

3.Tutup system restore bagi Windows XP dan keatas:

Sekiranya system restore dibuka, kemungkinan besar malware yang telah anti virus anda buang akan dibina semula dan menyebabkan serangan virus tidak dapat dihentikan.

System restore boleh ditutup dengan klik kanan pada My Computer dan pilih ‘properties’.Tanda pada ‘turn off system restore’.

4.Scan menggunakan perisian Anti Virus:

Sekarang barulah proses scan dilakukan. Memandangkan proses ini dijalankan di dalam safe mode, kelajuan scan juga turut bertambah dan boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat daripada mode biasa.

5.Jalankan anti spyware:

Anda juga digalakkan untuk menjalankan program anti-spyware memandangkan sesetengah spyware tidak dapat dikesan oleh anti-virus.Perisian seperti Spyware Blaster, Ad-Aware, dan Spyware Search And Destroy merupakan antara perisian yang bagus dan menjadi pilihan selain daripada percuma.Anti-spyware dan anti virus boleh dijalankan secara serentak dan tidak akan menyebabkan ‘clash’. Ini bergantung kepada anda untuk membuat pilihan berdasarkan kelajuan memori(RAM).

6.Jalankan hijackthis:

Hijakthis merupakan satu tools yang hebat dan amat berguna.Sungguhpun begitu, tanpa ilmu yang cukup anda mungkin menambahkan lagi kerosakan PC anda.

Hijackthis boleh berfungsi untuk :

-mengimbas dan memberitahu maklumat seperti program yang sedang berjalan dan maklumat-maklumat lain

-menghentikan proses yang anda rasa bahaya

-enablekan regedit(sekiranya regedit di’disable’kan oleh virus)

-menghentikan proram yang anda rasa tidak perlu pada start up

-delete file yang anda tidak dapat delete semasa di windows

7.Memperbaiki registry:

Sesudah segala pembaik pulihan dijalankan, anda mungkin mahu memperbaiki registry anda pula supaya registry yang tidak berguna dibuang dan value pada registry yang diubah oleh virus dapat dibetulkan semula.

Perisian-perisian seperti berikut boleh digunakan:

-Registry Mechanic (Shareware)

-Registry Fix

-RegRun

READ MORE - Bersihkan PC daripada malware

DYSLEXIA

ULASAN FILEM DYSLEXIA “TAARE ZAMEEN PAR ˮ

Taare Zameen Par adalah filem pertama arahan Amir Khan. Filem yang diterbitkan di India pada penghujung Disember 2007. Di dalam filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang budak kecil bernama Ishan yang menghidapi masalah dyslexia atau kesukaran dalam menerima pembelanjaran sehingga terpaksa mengulang kelas yang sama kerana tidak melepasi gred pembelajaran pada peringkat tertentu. Watak Ishan dalam filem tersebut berjaya dilakonkan dengan sangat berkesan sehingga saya sendiri tertanya-tanya adakah pelakon itu benar-benar mempunyai permasalahan yang sama dalam kehidupan sebenarnya. Wataknya telah membuatkan saya berfikir bagaimanakah seandainya saya sendiri mengalami masalah tersebut dan adakah saya mampu untuk mengatasinya tanpa bantuan, sokongan dan juga bimbingan daripada orang lain.
Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa. Menurut Pakar Pediatrik di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Madya Dr. Zabidi A.M. Hussin, dyslexia merujuk kepada masalah ketidakmampuan otaknya untuk mentafsirkan simbol-simbol. Justeru, kanak-kanak ini menghadapi masalah membaca, mengeja, sentiasa keliru dengan arahan serta lambat untuk memulakan sesuatu. "Sebagai contoh kanak-kanak dyslexia ini selalu menulis terbalik dan sukar meniru simbol-simbol yang mudah, jika disuruh menulis 203, mereka akan menulis 200 3”. Oleh sebaba itulah, setiap mereka melakukan sesuatu yang mereka fikirkan betul dan memang menepati segala pembelajaran daripada guru mereka, tetapi hakikatnya apa yang mereka buat adalah salah kerana dari sudut imaginasi mereka yang terbalik dan mereka memang tidak menyedarinya.
Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya setaraf atau lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah disleksia.Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur informasi secara berbeza dari kebiasaan kanak-kanak normal, namun sehingga kini, tiada rawatan atau penawar untuk masalah disleksia ini. Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah aktif (Zabidi 2000). Ini adalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan berdasarkan pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapat meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia.
Menurut kajian Zabidi lagi, beliau juga mendapati kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk mengenal pasti antara kiri dan kanan. Di samping itu, mereka juga didapati mengalami kesukaran untuk menangkap bola yang dilontarkan kepada mereka. Bagaimanapun hasil kajiannya mendapati, dari segi fizikalnya, kanak-kanak ini adalah aktif. Ketidakupayaan mereka untuk membaca dan menulis menyebabkan kebanyakan kanak-kanak ini tidak berminat di dalam pelajaran, sebaliknya lebih berminat dengan perkara-perkara lain. Kajian-kajian di negara Barat juga mendapati kebanyakan kanak-kanak dyslexia adalah kreatif dan berseni. Mengenai punca masalah ini, beliau berkata antaranya ialah ketidaknormalan genetik, gangguan sebelum dan selepas bayi dilahirkan, pertumbuhan yang tidak normal dan kekurangan zat semasa awal pertumbuhan kanak-kanak.
Situasi inilah yang kita dapat lihat dalam filem Taare Zameen Par, akibat masalah disleksia, Ishan sentiasa melihat huruf menari-nari. Ini membuatkan dia sukar untuk membaca dan menjadi bahan ketawa kawan-kawannya. Dalam filem ini juga watak Amir Khan sebagai seorang guru yang mengalami masalah yang sama dengan Ishan ketika kecilnya telah berjaya berjaya mengesan masalah disleksia yang dihadapi oleh Ishan. Beliau bijak dalam mengatur dan menyusun bahan pengajaran dalam bentuk-bentuk yang disukai dan menarik minat kanak seperti Ishan untuk belajar dengan menggunakan muzik, animasi, dan sebagainya. Ishan juga sering membayangkan sesuatu melebihi orang lain dan akan mengimajinasikan dalam bentuk lukisan.
Babak-babak awal dalam filem ini banyak memaparkan peranan guru yang langsung tidak mempunyai kualiti dalam pengajaran. Mereka hanya reti atau tahu menggunakan satu kaedah pengajaran yang biasa tidak menyelitkan bahan-bahan yang berlainan dan disukai oleh pelajar-pelajar seusia Ishan yang iginkan keseronokan dalam proses pembelajaran. Guru-guru yang mengajar Ishan sangat mementingkan baca tulis semata-mata, mereka langsung tidak mengambil kira adakah murid-murid memahami atau tidak apa yang mereka ajarkan. Pada saya, apa yang digambarkan dalam filem ini ada benarnya dan memang realiti sebilangan guru-guru yang ada pada hari ini. Kebijaksanaan seorang guru adalah apabila mengajar, pelajar mampu memahami dengan jelas apa yang diajarkannya. Jesteru itu dalam proses PNP seharusnya seorang guru kretif dan bijak mengatur kaedah pengajarannya. Walau bagaimanapun, watak guru tidaklah negatif sampai akhir. Watak gurulah yang kemudiannya menemukan masalah yang dihadapi oleh Ishan. Malahan caranya mendidik Ishan menulis dan mengira benar-benar menakjubkan dan menambah pengetahuan saya dalam memahami cara pendidikan kreatif.
Watak-watak guru lain yang asalnya jelek pada Ishan juga ditunjukkan berubah apabila diberi pandangan baru oleh Ishan. Malahan bapa Ishan juga beransur menerima hakikat setelah mengetahui situasi sebenar anaknya dan bukti kejayaan yang ditunjuk oleh anaknya dalam bidang yang sesuai bagi orang sepertinya. Bentuk optimis yang begitu indah. Pada saya setiap manusia mampu untuk berubah sekiranya dorongan, semangat serta pengajaran yang diberikan bersesuaian dengan keinginan dan kualiti hidupnya. Begitu juga kisah yang ditunjukkan dalam filem ini. Bagi saya juga, filem ini wajar ditonton oleh masyarakat, ibubapa dan guru agar tahu apakah sebenarnya disleksia dan sekurang-kurangnya mempunyai pendedahan berkaitan masalah tersebut. Mungkin setelah mengetahui hal ini mereka mampu mengesan anak-anak atau pelajar-pelajar yang mengalami masalah sebegini.
Oleh itu, cara didikan kanak-kanak yang sukar mendapat kefahaman yang sempurna, bermasalah emosi dan sosial juga berkemungkinan mendapat disleksia. Bagaimanapun, masalah ini boleh diatasi dengan bimbingan yang betul dan berterusan. Kanak-kanak disleksia ini sebenarnya boleh atasi dan menjadi normal melalui latihan-latihan membaca menggunakan kaedah fonetik, seperti bacaan Iqra dan juga terapi pengucapan. Guru sekolah rendah sememangnya menyedari masalah disleksia dalam kalangan pelajar sekolah, tetapi kebanyakan mereka tidak begitu mengambil berat perkara ini kerana kesuntukan masa untuk memberi perhatian yang lebih kepada mereka ini. Disebabkan itu, murid-murid disleksia ini juga sering disalah anggap sebagai kanak-kanak yang lembap dan lemah dalam pelajaran. Justeru, pendekatan yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah ini perlu difikirkan supaya kanak-kanak disleksia mampu bersaing dan mempunyai masa depan yang cerah. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seharusnya memainkan peranan bagi mengatasi masalah pelajar disleksia untuk mereka mencorak masa depan yang gemilang, disamping peranan daripada ibubapa untuk memancu anak-anak mereka untuk maju walaupun menghadapi masalah pembelajaran pada peringkat awal.
READ MORE - DYSLEXIA

komentar

 
© Copyright by farid@abe.technology and networking services  |  Template by Blogspot tutorial