Setiap kali on komputer akan keluar mesej “Windows cannot find ‘C:Windows\scvhost.exe’.Make sure you typed the name correctly , and try again.To search for file , click the Start Button , and then click Search “.Masalah ini tidak memberi kesan yang buruk kepada komputer tetapi menyusahkan pengguna komputer.
gambar svchost
Masalah ini berpunca dari virus dan lain-lain yang saya sendiri tidak pasti.Untuk hilangkan mesej svchost.exe setiap kali on komputer boleh dilakukan didalam system registry.Tapi bagi mereka yang belum bijak mengenai selok belok komputer boleh menggunakan Portable Antivirus.
Namun begitu ada sesetengah pengguna komputer yang format komputer dan install Windows baru.Mengapa anda perlu lakukan proses reinstall sedangkan ada jalan penyelesaiannya yang terbaik dan mudah.Cara selesaikan malasah ini . run portable antivirus dan klik Scan.Selepas itu restart komputer anda.Masalah keluar mesej svchost telah selesai diatasi.Selamat mencuba. Popularity: 1% [?]
Sekiranya PC anda dilanda serangan malware (mallicious software) seperti virus,worm, dan trojan, berikut merupakan antara langkah terbaik yang boleh dilakukan.
1.Tutup Internet:
Tutup connection internet kerana kebanyakan malware datang daripada internet.
2.Pergi safe mode:
Reboot windows dan pergi ke safe mode.Boleh dilakukan dengan menekan F8 semasa di BIOS.Tetapi perlu diingatkan OS yang berlainan mungkin mempunyai kunci yang berlainan.
Safe mode penting kerana kebanyakan program(termasuk virus) tidak dapat beroperasi di safe mode.Sekiranya antivirus anda dapat mengesan virus tetapi tidak dapat mendeletenya, ini mungkin kerana terdapat komponen virus tersebut yang masih berjalan.
3.Tutup system restore bagi Windows XP dan keatas:
Sekiranya system restore dibuka, kemungkinan besar malware yang telah anti virus anda buang akan dibina semula dan menyebabkan serangan virus tidak dapat dihentikan.
System restore boleh ditutup dengan klik kanan pada My Computer dan pilih ‘properties’.Tanda pada ‘turn off system restore’.
4.Scan menggunakan perisian Anti Virus:
Sekarang barulah proses scan dilakukan. Memandangkan proses ini dijalankan di dalam safe mode, kelajuan scan juga turut bertambah dan boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat daripada mode biasa.
5.Jalankan anti spyware:
Anda juga digalakkan untuk menjalankan program anti-spyware memandangkan sesetengah spyware tidak dapat dikesan oleh anti-virus.Perisian seperti Spyware Blaster, Ad-Aware, dan Spyware Search And Destroy merupakan antara perisian yang bagus dan menjadi pilihan selain daripada percuma.Anti-spyware dan anti virus boleh dijalankan secara serentak dan tidak akan menyebabkan ‘clash’. Ini bergantung kepada anda untuk membuat pilihan berdasarkan kelajuan memori(RAM).
6.Jalankan hijackthis:
Hijakthis merupakan satu tools yang hebat dan amat berguna.Sungguhpun begitu, tanpa ilmu yang cukup anda mungkin menambahkan lagi kerosakan PC anda.
Hijackthis boleh berfungsi untuk :
-mengimbas dan memberitahu maklumat seperti program yang sedang berjalan dan maklumat-maklumat lain
-menghentikan proses yang anda rasa bahaya
-enablekan regedit(sekiranya regedit di’disable’kan oleh virus)
-menghentikan proram yang anda rasa tidak perlu pada start up
-delete file yang anda tidak dapat delete semasa di windows
7.Memperbaiki registry:
Sesudah segala pembaik pulihan dijalankan, anda mungkin mahu memperbaiki registry anda pula supaya registry yang tidak berguna dibuang dan value pada registry yang diubah oleh virus dapat dibetulkan semula.
Perisian-perisian seperti berikut boleh digunakan: