Proxy Website

Enter a URL to visit via proxy:

Powered by Proxy.org

Senin, 09 November 2009

Tazkirah untuk bersama

:blush::blush::sleep::sleep:

“ Siapa yang dapat menandingimu wahai anak cucu Adam dalam hal bertaubat? Engkau boleh datang ke mihrab bila-bila masa engkau mahu, untuk mengadap Tuhanmu. Tidak ada sesuatupun yang membatasi antara dirimu dan Tuhanmu. Tidak ada perantara. Tidak ada penterjemah”. (Bakar bin Abdillah Al-Muzani)

“Jangan melangkah di jalan keputusasaan.Di alam ini terhampar berjuta harapan. Jangan pergi ke arah kegelapan. Di alam ini terdapat banyak cahaya…” Kalimah itu ditulis besar-besar di sebuah papan tulis oleh seorang ulama. Sebelum menuliskan pesanan indah itu, dikisahkan seorang anak muridnya bertanya, “ Wahai Syaikh, bila engkau sudah tidak lagi bersama kami, kalimah apa yang dapat kami pegang untuk Berjaya menjalani hidup ini?
Semoga Allah mempersatukan hati kita wahai saudaraku,

Putus asa simbol ketidak berdayaan dan gelap adalah simbol kesesatan. Dalam hidup ini, ternyata ada sebahagian orang yang lebih cenderung asyik dengan keputusasaan, kekecewaan dan hilang harapan. Meskipun kalau mahu. Dia boleh mendapatkan banyak keadaan yang membuatnya optimis, bersemangat dan penuh harapan. Ternyata, memang ada pula sekelompok orang yang cenderung asyik berada dalam kegelapan. Meskipun kalau mahu, dia sebenarnya boleh mengetahui betap luasnya hidup dan betapa banyak cahaya yang dapat menerangi jalan di hadapannya. Orang yang sudah putus harapan dan lebih suka berada dalam kegelapan adalah kelompok orang yang sama sekali tidak merasakan bahagia dan indahnya hidup.

Sederhana sekali Ibnul Qayyim memberi jawapan tentang sumber kebahagiaan hidup, “Allah”. Orang yang telah memiliki rahsia kebahagiaan itu, menurut Ibnul Qayyim, akan menjadi raja di dunia dan di akhirat. Di dunia, orang itu disegerakan oleh Allahmemperolehi syurga dunia, dan akhirat Allah menyediakannya syurga akhirat. “Hatinya memandang, kefakiran adalah kekayaan ketika dirinya bersama Allah. Memandang kekayaan itu kefakiran ketika dirinya tidak bersama Allah. Kemulian itu hina tanpa Allah. Kehinaan itu mulia bersama Allah. Kenikmatan itu azab tanpa Allah dan azab itu nikmat bersama Allah. Kesimpulannya, dia tidak melihat kehidupan kecuali dengan Allah. Merekalah orang-orang yang telah mendapatkan dua syurga. Syurga di dunia yang disegerakan Allah ketika dia hidup di dunia dan syurga di akhirat yang menantinya”. (Nafais Al-Fawaidh/202)

Saudaraku,

Tanamlah keyakinan bahawa Allah bersama kita,

Ketergantungan hati kepada Allah, sebagaimana dihuraikan Ibnul Qayyim, hanya dapat dimiliki oleh orang yang sungguh-sungguh membina dan mendidik jiwanya. Membina dan mendidik jiwa dengan selalu mengaitkan segala persoalan dari sudut yang benar.

Kebenaran memandang hidup itulah yang menjadikan seseorang memiliki ketenangan jiwa, ketenteraman, kebahagiaan, perasaan lazat dengan iman. Apapun yang terjadi. Seperti diungkapkan Ibnul Qayyim seterusnya, “Orang-orang seperti ini tidak merasa gelisah ketika orang lain gelisah. Tidak takut ketika orang lain takut, tidak menangis ketika orang lain menangis. Wajah dan hati mereka bersinar kerana cahaya Allah. Lisan mereka tidak lepas daripada zikir keapda Allah. Hati mereka lekat dengan masjid. Mereka sungguh-sungguh berpacu dengan waktu untuk mengisi catatan amal mereka di hari akhir…”. Di sanalah inti kebahagiaan.

Saudaraku,

Putus asa boleh terjadi tanpa disedari. Begitu juga kegelapan. Kerap kali kegelapan itu melalaikan. Seperti orang mabuk. Tidak sedar bila dirinya mabuk. Keburukan selalu menarik pelakunya untuk melakukan keburukan yang lain dan menjadikan pelakunya lupa apa yang dia lakukan. Perhatikanlah firman Allah SWT dalam surah as-Shaff ayat 5 yang bererti: “…Maka ketika mereka berpaling (daripada kebenaran), Allah memalingkan hati mereka (daripada kebenaran)…”

Tapi jangan lupa, prinsip itu juga berlaku untuk kebaikan. Kenbaikan selalu mendorong pelakunya untuk melakukan kebaikan yang lain, sehingga menjadiikan pelakunya selalu bersemangat untuk melakukan kebaikan demi kebaikan. “Jika engkau melihat seseorang melakukan keburukan, ketahuilah bahawa keburukan itu mempunyai saudara-saudara keburukan yang lain. Dan jika engkau melihatnya melakukan kebaikan, maka ketahuilah kebaikan itu akan mempunyai saudara-saudara kebaikan yang lain,” kata Zubair bin Awwam. (Tahzibu Tahzib, 7/183)

Said bin Jubair, salah seorang imam generasi Tabiin berkata, “Sesungguhnya termasuk pahala kebaikan adalah kebaikan setelahnya. Dan sesungguhnya termasuk akibat keburukan adalah keburukan setelahnya”. (Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyyah 10/11)

Syaikh Muhammad Ahmad Rasyid, penulis kitab Al-‘Awaiq mengisahkan sebuah ironi. Saya, tulisnya, telah menyaksikan secara langsung bagaimana orang-orang yang berada dalam komuniti orang-orang baik kemudian mengundurkan diri dari lingkungan itu. Dia kecewa dan putus asa kerana keinginannya tidak diperolehi. “Selanjutnya orang itu mula tidak melakukan amal makruf, lalu meninggalkan solat wajib dan mencukupkan diri hanya solat Jumaat sahaja. Tidak sampai di situ, akhirnya dia juga tidak puasa di bulan Ramadhan bahkan kemudian menjadi terbiasa melakukan sesuatu yang membatalkan puasa di siang hari. Dia menghisap rokok dengan tenang dan menghembuskan asapnya kepada orang-orang yang berpuasa…”.

Saudaraku,

Iman dalam hati kita ibarat pelita. Bila cahayanya meredup bererti kita akan larut dalam gelap dan kehilangan petunjuk dalam menjalani kehidupan. Dan semakin cahayanya menyala, bererti kita semakin mampu melihat segala sesuatu di hadapan kita dengan jelas.

Wajar sahaja bila pelita itu kadang meredup, kerana memang begitulah tabiat iman sebagaimana digambarkan Rasulullah SAW, bahawa iman itu terkadang bertambah dan berkurang. Tapi tentu kita harus berusaha agar ia tidak redup terus menerus bahkan padam. Hanya ada satu cara untuk menyalakan kembali pelita yang meredup itu: Taubat.

Seorang ulama bernama Bakar binAbdillah Al-Muzani menegaskan, “Siapa yang dapat menandingimu wahai anak cucu Adam dalam hal bertaubat? Engkau boleh datang ke mihrab bila-bila masa engkau mahu, untuk mengadap Tuhanmu. Tidak ada sesuatu pun yang membatasi antara dirimu dan Tuhanmu. Tidak ada perantara. Tidak ada penterjemah”.


Muhammad NUrsani, Mencari Mutiara di Dasar Hati, Tarbawi Press, 2005

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

komentar

 
© Copyright by farid@abe.technology and networking services  |  Template by Blogspot tutorial